Saturday 16 March 2013

AYAH

Dari satu sudut,
dia melihat seorang anak mencium ayahnya sebelum masuk ke dalam bilik itu.
Hati dia tersentuh.
Entah mengapa serasa sayu tiba-tiba.

Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
Apabila anak itu hilang, kedengaran suara lelaki yg juga ayah kpd anak itu tadi.
Berbual dengan siapa, entah, dia tidak mahu ambil tahu.

Dia tunduk.
Menunggu.
Sesekali dia melihat jam.
Menunggu. Dan menunggu.

Ayah tadi masih disitu.
Menunggu anaknya, mungkin.

Dia pula masih ditempatnya.
Menunggu.

Entah dia sendiri tidak tahu,
ingin sahaja kepalanya dipusing melihat ayah anak itu tadi.
Anak? Mungkin budak.
Ya, budak itu sebaya sahaja dgn dia.
Bukan anak. Tetapi budak.

Kuat pula suara lelaki tadi berbual.
Manakan tidak dirinya tertarik utk melihat lelaki itu.
Namun, hatinya berkata, 'ah, bukan penting'.
Lalu, dia tunduk kembali. Dan menunggu.

Tiba-tiba seorang lelaki menyapa.
Menyebut namanya.
Dia mengangkat kepala. Lalu mengangguk.
Lelaki itu mengajaknya ke suatu tempat.
Dia ikut sahaja.
Dan, dia berjalan di hadapan lelaki yg bergelar ayah itu tadi.
Dia hanya tunduk.

"Kamu tunggu sini. Saya tengah panas enjin."

Dia tunggu, tanpa byk bicara.

Dalam hatinya berkata,

"Alangkah bagus kalau aku seperti anak itu tadi. Datang ke sekolah belajar memandu pun ayah yg hantar. Ayah tunggu. Sebelum masuk dengar ceramah, salam ayah, cium ayah."

"Tak apa. Duit yg ayah bagi dekat aku utk belajar memandu ni pun dah cukup utk katakan yg ayah sebenarnya juga turut ambil berat tentang aku. Walau tidak seperti ayah dia, tapi ini dah memadai. Ya, ayah aku pun ambil berat pasal aku." Dia cuba menyedapkan hatinya.

"Hah, Amalina. Apa yg kamu menung lagi? Cepat masuk dalam. Kita mula latihan kereta."

Dia tersentak. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta Kancil yg bertampal L itu.

Sedang dia membetulkan cermin sisi kereta, ternampak lelaki tadi.
Dan terus hatinya teringatkan seseorang, iaitu Ayah.

Ya, 'aku' teringatkan ayah.