Sunday 15 September 2013

HARI KONVOKESYEN.

Assalamu'alaikum.
Hai.

Rasanya belum lambat lagi Tasha nak story pasal Hari Konvokesyen Polimas ke-27.
Alhamdulillah, baru-baru ni (11 Sept 2013) Tasha dah konvo !
Yeay ! Hehe.

Seronok sangat sebab dah dapat diploma dan masa konvo ni lah dpt jumpa balik kawan2,
especially buah hati :) Ehem ehem.

Btw, Tasha bertolak ke Kedah masa 9 sept tu lagi dgn ibu and adik bongsu, Najwa.
Yelah, kena bertolak awal sebabnya 10 sept tu kitorang ada raptai start 8.30 pagi.
Nak tak nak kena lah bertolak awal sehari.

Kesian jugak dekat adik, Nadia, sebab 10 haribulan tu dia UPSR,
tapi family semua takde kat umah.
Nasib baik ada Maklang tolong jaga dia.

Sampai je dekat Kedah,
kitorang check-in kat T Hotel dkt Changlun.
Ramai kwn2 tanya kenapa duduk hotel jauh sangat sbb konvo kat Jitra.
Sebabnya yg pertama hotel ni lah yg paling murah Tasha survey.
Dekat Jitra semua naik harga.
Mungkin sbb tokey2 hotel ni tau kot Polimas nak konvo.
Mcm dekat changlun kan jauh dari Jitra,
so mungkin tokey hotel tak dapat info, Hhaha. Memandai je.

Sebab yg kedua, adik Tasha study kat poli Arau.
Tak lah jauh nak sgt dia nak dtg and kitorg nak pegi kat dia.
Lagipun, Tasha nak pegi dewan konvo tak la jauh mana pun..

Masuk je dlm bilik, tangkap gambar terus. Haha. Excited terlebih. *peace


Esok tu raptai. Sampai kat Dewan Wawasan tu mula-mula tak tau nak cari siapa.
Tak nampak langsung kawan-kawan.
Tiba-tiba En.Munawir berdiri kat depan.
Tokojut den ! Hihi.
Baik sgt En.Munawir, lepas sembang tanya khabar,
pastu dia tunjuk tempat daftar sume.

En.Munawir ni dari dulu tau dia selalu caring pasal Tasha.
Sebab Tasha penah sakit masa study dulu.

Masa tengah blur nak daftar tu,
tetiba nampak sekumpulan aweks ni tengah bergambar...

*sorry Diyana i amik pic ni dari fb u... Hihi.

Bila dah nampak dorang, apa lagii.. Go and terkam lah ! Haha.
Excited gilaa dpt jumpa.
Lepas tu daftar, raptai, pegi Poli amik jubah, pastu pegi makan ngan dorang.

Esoknya... tiba lah hari konvo.
Cewah ayat mcm karangan sekolah rendah dulu.

Disebabkan kami ni konvo Sidang 1, yg bagi diploma tu Kerabat Di Raja, so kami kena lah follow protokol sikit. 
Handphone apa pun tak bwk, bagi family pegang.
So takde lah gambar dlm dewan masa tu.
Tapi takpe lah, tunggu gambar yg photographer tangkap masa atas pentas jelaaa.
Huu.

Dah selesai majlis konvo tu, kat luar baru lah bergambar.
Masa keluar je dewan tu, 
Cikin datang bagitau my Mr.Boypreng datanggg.
Waa. Excited sgt nak jumpa.

Dia datang dengan family. Hihi.
Terharu sgt bila si dia bagi bunga + teddy bear.

Jom layan dulu gambar-gambar ni....




Ibu kesayangan hamba :)

Dengan ibu mertua ku. Eh? Haha.. Bakal ibu mertua. Inshaallah :)

With my family :)
*serabainya aku.

With his family :)

Me and you :)
Thank you dear for coming.
And thanks for the roses and teddy bear.

Kat situ je port kitorang bergambar.
Sebab kat tempat lain penuh dgn orang lain bergambar. Haha.
Then, kitorang pegi makan jap kat booth yg buka kat kawasan dewan tu.

Lepas makan tu, rushing sangat sebab hotel nak kena check-out pukul 1.
Abis makan terus balik hotel.
Tak sempat cari kawan2 pun.
So, takde lah bergambar dgn kawan2 :(

Cuma, masa nak balik hotel tu,
terserempak dgn my ex-housemates.

Jah and shika ! Miss them a lot :)
Lepas check-out hotel tu ada jugak pegi dewan balik sebab Sidang 2 baru abis raptai.
Pegi nak jumpa kak Aisyah dgn kawan baik, Tiara.
Dgn ina n kinah sekali.
Tapi tak de rezeki nak jumpa Tiara, Kinah n Ina.
So jumpa k.aisyah je.
Mungkin sebab masa tu hujan and semua pakat nak balik cepat kot.

Sebelum balik tu, singgah Poli jap pulangkan jubah and amik Diploma dkt unit exam.
*diploma atas pentas tu palsu je. Hihi.

Masa kat unit exam tu kebetulan terjumpa my geng.
Sempatlah tangkap satu gambar dgn dorang.
Jadilah utk simpan sbg kenangan.
Tapi sayang. Tak de gambar kitorang complete 10 orang.
Kami kan geng BEN10. Huhu.

Fariha, Diela dgn Diyana :)
*Diorang still pakai baju konvo lagi. Ee mashammm. Haha gurau je.

Itu jelah cerita sepanjang kat sana.
Lepas tangkap gambar dgn dorang ni, Tasha terus balik Rawang.


Alhamdulillah, 
syukur pada Allah kerana akhirnya Tasha dah dpt segulung Diploma.
Segulung Ijazah tak tau bila lagi. Huhu.

Macam macam dah yg berlaku sepanjang 3 tahun kat sana.
Ketawa, menangis, penat lelah semua, 
akhirnya berjaya jugak habiskan diploma ni. Syukur..

Tahniah utk semua kawan kawan yg konvo sekali baru baru ni.
Tasha ucapkan semoga kita semua berjaya dlm kehidupan masing-masing di masa akan datang.
Inshaallah.

Tahniah jgk utk si dia yg konvo sehari lepas tu.

Tahniah awak :)
Hehe.


Erm, nak minta maaf jugak dkt kawan kawan yg tak sempat jumpa,
tak sempat tegur, tak perasan ke.
Maaflah hari tu nak balik cepat sbb perjalanan jauh.
Ada rezeki, nanti kita jumpa lagi.
Assalamu'alaikum.




I was wondering why there were 3 chocolates from him?
Maybe it's I LOVE YOU ? Hihi.

Alhamdulillah. Thank you Allah :')

Lastly.....



YEAY ! I AM OFFICIALLY GRADUATED !


Wednesday 4 September 2013

OII ORANG KAMPONG ! AKU DAPAT LESEN P !

Assalamu'alaikum.

Salam hamba hulur tanda ingatan....
Cewah. Tetiba masuk lagu raya.

Hai. Lama nya tak update belog.
Memang makin lama Tasha makin malas kemas blog, apatah lagi nak menulis pepanjang.
KECUALI bila ada story mory best cam skang ni.

Hape yg best sgt tuu?
Hii.

Yeay Tasha dah dapat lesen P !
Yelaa.. ejek la, sebab baru nak pegang P ...
Tapi, ade aku kesah?

Actually lesen P motor dah lama dah dpt.
Yg Tasha nak story ni lesen P kereta.
Ok aa tu kan, tak la lambat sgt Tasha dpt lesen.
Umur 21, ok whattt...

Yang Tasha excited over mover ni sebab nya punya la lama Tasha pegang lesen L.
Dari tahun 2011 dulu, tahun 2013 baruuuu Tasha dapat lesen P.
Tak ke rasa cam horey horey??? Hihihi.

Sebenarnya Tasha start buat lesen masa Tasha tengah study kat Kedah lagi.
Tahun 2011, masa tu Tasha baru sem 3.
Tapi, disebabkan byk kekangan dan faktor yg tak dpt dielakkan,
ditambah lagi dgn kelembapan sekolah memandu tu, dgn mcm2 masakloh,
tergendala lah segala pembelajaran latihan memandu Tasha kat sana.
Tasha sempat buat lesen P motor je sbb masa kat sana Tasha bawak motor kan.

Alih-alih Tasha dah abis study kat sana,
so Tasha transfer belajar memandu kat sini (Selangor).

Alhamdulillah, kejap je Tasha buat kat sini.
Sebelum raya Tasha buat latihan 2 kali,
lepas raya Tasha sambung buat lagi 2 kali.
Pastu terus test JPJ.

Haaa. Bila ckp pasal test JPJ,
sesapa yg penah kena test JPJ tahu lah cemano cuak + nebes nyaa.

Ya Allah, tak terkata masa tunggu turn nak buat ujian mendaki bukit tu.
Tengok org macam2 pesen.
Ada yg naik bukit tu terus turun, tak benti pun kat garisan kuning kat tengah tu.
Ada pulak makcik tu yg belum start lagi dia dah langgar divider. Hahaha mcm2.
Tambah2 bila tgk org yg failed,
otometik rasa mcm nak terberak !

Jantung toksah cite aa.
Dupdapdupdap.
Tangan ketar2 mcm parkinson, badan lak kejap peluh kejap sejuk.
Bila dia panggil je nombor giliran Tasha,
aduhhh. Mampu ucap "bismillahitawakkaltu'alallah" je laaa.

Masa Tasha nak daki bukit tu,
otak Tasha jadi blank !
Tasha dah tak fikir apa2,
Tasha daki punya daki,
tetiba "sreettt" Tasha benti.
Takdelah bunyi sretttt tuu. Saje je bagi cite cam best skit.

Tasha pun nak konfim la tayar dlm garisan ke tak.
Udah tak nampak pulak.
Almaklum lah, awok ni pendek.
Pastu kena jerut dgn seat belt pulak.

JPJ tu tanya "haa camane? Dah konfim ke?".
Tasha jawab "Encik sy tak nampak laa."
Dia balas "Dah elok dah tu. Tayar cantik dah dlm garisan. Dah, angkat tangan".

Aih, dia pulak ngajor kite. Hihihi.
Tasha pun angkat jela tangan. Berserah !
Pastu dia bg kad.
Yeay ! Lulus !

Tapii... tu baru kat bukit.
Tu ! Ada 2 lagi parking pulak !
Dipendekkan cerita oleh aku yg pendek ni,
Tasha lulus buat parking.

Yesss. Legaaa.

Woi, mana lega lagiii,
jalan raya belom lagi.

Eleh, jalan raya?
Kacang buncis jeee.
I bawak pegawai JPJ tu sebelah tangan pegang stering,
sebelah lagi korek idong. Takde hal.

Hehehehe. Sembang kedai kopi boleh la bohong !
Tasha bawak skema sopan santun je.
Sepatah haram Tasha tak bercakap dgn dia.
Ah lantak. Org tengah fokus mana leh sembang2.
Nak sembang pegi facebook, on chat lah kan?

Alhamdulillah,
Tasha pulang ke sekolah memandu dengan membawa pegawai JPJ tu.
Bukan dia pulang bawak Tasha. Hihi.

Yeay ! Dah berjaya ! Dora dah berjaya !
*Tetiba masuk cite Dora Explorer pulak dah.

Ok lah, tu je.
Bye.

Kak Ton tak comey.