Monday 22 July 2013

SELAMAT ULANG TAHUN... SAYANGGG..

Assalamu'alaikum.

Wah, tajuk kemain lagi.
Macam lagu Imran Ajmain gitew. Hikhik.
TAPI ! Tapi.. tapi.. ini bukan ulangtahun perkahwinan ke, percintaan ke hape.
Ini sebenarnya ulangtahun kelahiran....

Hari ni, 220713 bersamaan dgn Ramadhan yg ke-13 adalah ulangtahun kelahiran cinta hati saya..
Muhamad Rasul :)

Dah tua dah my boy.. 21 tahun.

Actually, pagi tadi masa sahur dia call.
That time dia tanya "tengah buat apa?".
Tasha pun jawab "Ermm... tengah nak nyanyi... Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Muhamad Rasul, Allah selamatkan kamuuu..".

Hihi. Then, dia just ckp "Terima kasih".
I was just like "Errr..??". Kenapa pulak ni? Macam tak happy je.

Ouhhh. Merajokk rupa nyaaaa.
Hahaha :D

Of course lah merajuk kan.
Dia harapkan kita wish TEPAT pukul 12 malam.
Tapi, tak de pun.

Hmm. Sebenarnya mmg plan nak wish pukul 12.
Masa pukul 11.30 tu tipu dia kata nak tdo dah.
Padahal nak tunggu pukul 12.
Entah macam mana tido mati tak sedar langsungggg.

Masa terjaga nak sahur tu, tgk handphone,
Alamakkkk...
Tapi masa tgh cakap phone tu act cool je.

Sorry sangat3 k.
Bukan lupa cuma ter'miss'. Hihi.

Luckily, En.Pakwe ni cool org nya.
Merajuk tak lama.
Mungkin dia faham kot sebab semalam seharian Tasha pegi photoshoot.
So, opkos lah letih.

Okay lah. Lupakan pasal tu.
Saya ada beli hadiah kat awak tauu.
Tapi tak boleh bagitau la apa hadiah nya.
Tunggu eh nanti posmen hantar.

Nak buat camne kan.
Ni lah gaya org bercinta jarak jauh.
Kita di sini, dia pulak nun jauuuhhhh di sana.
Kat oversea.
Oversea kerrr? Langkawi je. Over the sea okay.
Takyah nak oversea sangat. Overrr je.

Okay, skang ni klimaks entri ni. Hihi.

Muhamad Rasul,
Sebelum tertutupnya tirai 22/07 ini,
saya nak ucap sesuatu pada awak......

Jika ada yg bertanya,
hidup ini adalah pilihan atau kesempatan?
Jawablah kedua-duanya.

Sememangnya semasa dalam perut ibu lagi kita sudah diberi pilihan utk hidup atau tidak?
Dan sebenarnya, pilihan yg diberi itu juga adalah kesempatan buat kita.
Kesempatan yg Allah beri utk kita memilih.

Kamu pilih utk hidup.
Jadi, ambillah kesempatan atas pilihan yg kamu buat untuk menjalani kehidupan di atas muka
bumi ini dengan sebaiknya.

Jadilah hamba yg sentiasa bertaqwa kepada-Nya.
Jadilah seorang khalifah yg berjasa di muka bumi.
Jadilah seorang anak yg soleh utk kedua ibu bapa kamu.
Jadilah adik yg sentiasa hormat pada kakak dan abang kamu.
Jadilah pakcik yg dicontohi oleh anak buah kamu.
Dan..yang terakhir, jadilah syurga buat diri ini suatu hari nanti..............

Sempena ulangtahun kelahiran kamu yg ke 21,
syg doakan semoga kamu dipanjangkan usia,
diberi kesihatan yg baik,
di berkati dlm setiap apa yg di lakukan,
dan bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana temani hidup ini setiap hari dgn kehadiran kamu,
dengan usikan kamu,
dengan rajuk kamu,
dengan marah kamu,
dengan pujuk kamu,
dan dengan cinta serta kasih sayang kamu.

Inshaallah, sama-sama kita berdoa supaya suatu hari nanti kita dapat membina sebuah keluarga yg bahagia.
Amin ya Rab.

Salam sayang.

Sempat lagi buat benda ni masa tengah berniaga. Nampak tak tudung belakang tu? Haa, kiosk saya tu. Acewah,sempat promote lagi. Haha. Tengok punya excited, gam tak sempat kering pun dah snap. Tak kisah la apa pun, asalkan
SAYA CINTA AWAK :)


Habis dah. Assalamu'alaikum.

No comments: