Monday 27 May 2013

YEAY ! DAH HABIS DIPLOMA !

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah.
Sekarang baru aku boleh tarik nafas lega.
Dan sekarang baru aku berani untuk mengaku yang aku dah habis belajar.
Aku dah jadi ex-Polimas.
Sebabnya, hari ni dah dpt result utk sem akhir.
Alhamdulillah, aku lulus semua.

Syukur ya Allah.
Sebelum ni bila org tanya, "cuti sem ke dah habis study?"
Aku just jawab "Tengah tunggu result."
Tapi sekarang, "Ye, dah habis belajar."
Hehe.

Bukan senang nak habiskan 3 tahun utk dapatkan diploma.
Macam2 kena lalui.
Suka duka, menangis, meraung, dirasuk, terasuk.. Haa ! Macam2.
Tapi, alhamdulillah.
At last, berjaya jugak.

Aku percaya, kawan2 aku yg lain pun sama.
Melalui setiap liku sepanjang pengajian dan bila dah dapat menghabiskan pengajian,
seronok sgt dapat merasai nikmat kejayaan.
No matter berapa pun pointer,
tapi bila kat result tu tulis TAMAT PENGAJIAN,
pasti semua org tarik nafas lega.
Dan, kita semua dah berjaya sebenarnya.

Result aku kali ni, alhamdulillah, aku dapat lagi Anugerah Ketua Jabatan.
Tapi, result tu bukanlah utk aku bangga-bangga kan.
Itu sebenarnya hadiah buat ibu n ayah.
Yang banyak habis duit dan tenaga utk support aku study.

Tak ada apa yg lebih membahagiakan selain dari dengar suara teruja mereka bila aku bagitau result aku.
Dan result aku ni jgk adalah utk aku jadikan contoh buat adik2 aku.
Malu wehh kalau kakak yg sulung kantoi exam.
So, lepas ni aku dgn konfidennya boleh bebel2 kat dorg suruh blaja, dapatkan lebih dari aku.

Cer kalau aku pun kantoi,
agak2 bila aku bebel kat adik2 aku nak ke dorang dengar?

Btw, syukur kepada Allah kerana memudahkan aku dlm menerima ilmu.
Mengabulkan doa aku.
Memudahkan saat aku berasa susah.
Meringankan saat aku terasa berat.
Sesungguhnya, aku takkan mampu peroleh semua ni tanpa bantuan Dia.
Oleh itu, aku sangat2 percaya tanpa doa dan tawakkal kepada Allah,
dia takkan beri nikmat kejayaan kpd kita.

Setiap kali aku rasa beban,
aku akan doa "ya Allah, permudahkanlah."
Walau apa perkara sekali pun.
Dan Allah takkan pernah sia-siakan permintaan hamba-Nya.

Terima kasih jugak pada ibu, ayah dan family yg mendoakan aku.
Yang selalu mengharapkan aku berjaya.
Pada cikgu2 masa aku sekolah dulu,
tanpa ilmu yg mereka beri, aku ni mampu ke melangkah ke IPT ?

Pada pensyarah2 dari aku sem 1 sampai sem 6,
tak lokek dlm memberi ilmu,
melayan setiap kerenah kami,
membantu kami semua,
tambah markah ... hihi.
Terima kasih banyak2.

Buat kawan2,
yang byk membantu dlm menimba ilmu.
Membantu tak kira dari segi apa sekali pun.
Waktu aku sakit, dorg byk tolong aku.
Tak pernah jauhkan diri walaupun sampai aku merangkak dlm kelas masa histeria.
Dorg tetap kawan dgn aku.
Kak syah, tiara, jah, shika dan BEN10 serta kawan sekelas. Jasamu amatku hargai.
Buat si dia, terima kasih jugak sbb selalu ada disisi saat memerlukan.
Selalu bagi semangat dan dorongan.

Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian.

So, buat adik2 yg akan melangkah ke IPT atau masih belajar di IPT,
ingat lah yang bila korang jadi seorang pelajar,
byk tanggungjawab yg korang perlu laksanakan.
Dan ingat, byk harapan yg perlu korang galas dari orang2 yg menyayangi korang utk lihat korang berjaya.

Belajar di samping tu jgn lupa ibadah pada Allah.
Even aku pun kadang2 tertinggal,
tapi selagi mampu aku buat.

Jangan lah kerana busy study,
solat pun lupa.
Solat cuma berapa minit je.
Tak terjejas masa study kita tu.

Lagi satu,
selalu lah doa kpd Allah,
"Ya Allah, jadikan aku seorang yg bijak dan pandai supaya aku boleh berkongsi ilmu dengan kawan-kawan aku yg lain dan membantu mereka jika mereka tidak faham".
Itu lah jugak doa yg slalu aku baca.

Kdg2 memang kita rasa letih jawab soalan kawan2,
tambah pulak kwn2 yg bertanya tu mcm2 jenis soalan.

Kdg2 tu kita tengah study Tax, kwn tanya pasal Akaun,
time tu paling mencabar sebab dari Tax nak switch ke Akaun agak lambat sikit lah nak on suis tu kan,

Tapi, sbb janji aku pada Allah iaitu supaya beri aku kepandaian agar aku boleh ajar kwn2 aku,
so, aku tetap akan berusaha cari jawapan utk jawab.

Aku tak kisah mcm mana fi'il pun,
sabar je menjawab.

Sebabnya, takut.
Takut bila Allah tarik nikmat ini.

Jangan lupa, hormat pada pengajar.
Tak kira lah siapa pun.
Tak semestinya pensyarah.
Asalkan orang tu pernah curahkan ilmu dia pada kita,
hormatilah dia.

Sebab bila kita tak hormat pengajar kita,
kita akan susah nak dapat apa yg dia ajar.
Contoh kalau kita kurang ajar dgn pensyarah akaun,
sampai ke sudah, kita takkan boleh.
Kalau tak pun,
kita tak hormat pensyarah akaun,
tapi Allah balas dgn bagi kita failed subjek lain.

So, beware.

Satu tips yg aku nak share,
jangan tido petang atau study sampai tak tido.
Tido petang mmg tak bagus utk otak.
Lemah daya ingatan, lemah fizikal dan mental.
Dulu aku tak nampak effect tido petang ni,
tapi bila lelama aku perasan,
bila aku tido petang, malam tu tak fresh pun.
Rasa lemah je n makin rasa ngantuk.
Alih2 tak leh gak nak study malam.

Dan, kalau nak study malam sekali pun,
cukuplah sampai pukul 1. Tu paling maximum.
Lagi bagus kalau sampai pukul 12 je.
Jangan over exceed tak tido sampai 3-4 pagi atau tak tido langsung.
Esok tu mesti pening.
Aku kalau gelabah beruk camne pun,
tido tetap tido.
Selalunya aku lah paling awal tido kalu time exam berbanding kwn2.

Ni bukan masalah "hang pandai boleh lah" ke apa,
memang dah mcm tu aturannya.
Allah jadikan malam tu utk tido kan.

Tapi ni tips utk study lah.
Utk buat assignment, lain cite.
Korang tak nak tido ke hape, suka hati.
Bukan apa, kalau tak siap nanti korang gak kena dgn lec kan? Hihi.
Sebab aku kalau buat assignment pun kdg2 sampai tak tido.
Bukan apa, tu tanda komitmen kita terhadap tugas yg diberi.

Anyway,
last thing yg aku nak pesan.
Apa2 pun, mintak lah restu dari ibu bapa dan yang penting dari Allah.
Tanpa semua ni, kita takkan menaiki walau satu anak tangga kejayaan sekali pun.

Ok, selamat maju jaya ! Untuk kawan2 yg se'spesis' dengan aku,
hopefully lepas ni korang akan dapat membina masa depan masing2 dengan jayanya.
Happy graduation soon !

Bagi kawan2 yg gagal,
masih ada peluang utk korang perbaiki.
It's okay kalau tak boleh grad lagi,
grad bila2 pun sama je,
yg penting teruskan usaha utk grad.
Jangan berhenti separuh jalan.
Kerana gagal dlm exam tu tak bermakna gagal dlm hidup.

Chaiyok2 !
Assalamu'alaikum.



No comments: