Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN.

Assalamu'alaikum.

Hai. Hari ni hari kedua kita berpuasa.
Alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana masih diberi kesempatan utk bertemu Ramadhan kali ni.

Well, bila tiba bulan Ramadhan ada beberapa perkara yg bermain di minda....


KENANGAN

Bila tiba bulan Ramadhan, kdg2 kita teringat kembali kenangan di Ramadhan yg lalu.
Ada yg teringat kisah Ramadhan masa kecik2, ada yg ingat ponteng puasa dulu2,
dan mungkin kenangan lain.

Macam Tasha, Ramadhan kali ni Tasha teringat semasa berpuasa dgn kawan2 time blaja kat Kedah dulu.
Sepanjang 3 tahun Tasha kat sana, dah 3 kali Ramadhan Tasha berpuasa dgn kawan2.
Even masa tu teringin nak puasa ngan family lah, ape lah, tapi sebenarnya ada manisnya berpuasa dgn kwn2 ni.

First time Tasha berpuasa kat sana, masa tu Tasha sem 1.
Pagi2 malas nak bangun sahur. Turun pegi kafe pukul 5 camtu (masa tu duduk asrama).
Jalan pegi kafe sambil mata terpejam, kepala lentok kat bahu Kak Aisyah, roommate Tasha.
Kdg2 kalau malas beli nasi, turun amik air panas buat maggie je.

Petang2 lak pegi bazar Ramadhan naik van ramai2. Haha.
Beli mcm2, pastu balik berbuka dlm bilik ramai2.
Lepas berbuka semua pakat bersandar tepi katil mcm ular kekenyangan je semua.
Tangan usap2 perot. Hahaha :D

Tapi, kenangan yg paling Tasha tak boleh lupa masa puasa kat sana adalah puasa tahun lepas.
Time tu Tasha duduk rumah sewa dgn kwn2.
Lepas je sahur, kitorg sume masuk bilik. Baru nak pejam mata.
Tiba2 Tiara tanya, "Tasha, cahaya apa tu?".
Dahh... aku ingat dpt Lailatul Qadar ke ape. Hikhik.

Kitorg bukak pintu walaupun takut2,
tengok-tengokkkkk...

"Aaaaaa.... rumah terbakorrrr !!!!".

Gile lari lintang pukang.
Eceh, aku tunjuk hero pegi selamatkan adik2 junior kat bilik depan.
Hahahah ! Kompem Jah, Cika n Tiara gelak bila baca ni.
Sebab dorg adalah bahan bukti yg melihat kegelojohan Tasha masa gerak 'adik2'  tu !
Maluuu weh esok tu dorg bahan akuuu -.-'

Kite penyayang tau.
Bukan apa, kalau tak gerak dorg, nanti jadi pape kat dorg,
sape nak bayar duit sewa umah bulan tu kan? Haha. No, no. Just joking.
Tasha ikhlas gerakkan dorg tu atas sebab perikemanusiaan. Acewah.

Tapi  malas aa nak citer sape yg semangat memadamkan kebakaran tu.
Untung ada ahli Kadet Bomba dlm umah tu.
Kadet bomba sangaaaattttt. Hihi.


Aduii. Dah lah gelak lebih2 time puasa ni, lagha je..

Btw, I miss all the moment with them. Byk lagi kenangan tapi kalau nak citer sume tu 7 hari 7 mlm tak abis.


PERSEKITARAN BARU

Semestinya bila bulan Ramadhan ni akan wujud satu persekitaran baru dlm hidup seharian.
Selalunya jarang2 nak makan malam sekali, sarapan sekali.
Tapi bila time puasa ni lah kita duduk sekali dgn family masa berbuka,
pagi2 kita sahur sekali. Best sangat.
Kalau hari2 biasa, "Kakak, jom makan sekali?".
"Kau buang tabiat ke?". Hikhik.
Lawak je. Takde pun la dlm family Tasha gitu.

Maksudnya hari biasa tu kita makan asing2.
Sape lapar, makan. Ikut suka suki kita lah kan.
Tapi, bila hari puasa, kita akan duduk semeja, baca doa sama2.
Biarlah utk sebulan je dlm setahun tu, asalkan kita tetap rasai kemanisannya.


IBADAH

Alhamdulillah, bila bulan Ramadhan ni masjid n surau akan penuh dgn orang solat Tarawikh.
Dan bila puasa automatik kita akan jaga solat sebab apa guna kita puasa tapi tak solat kan?
Even kdg2 tengok org update status atau sindir2 cth : Bila time puasa semua nak tunjuk alim / bila time puasa baru nampak muka kat masjid  tu pun bkn ikhlas nak solat, tapi sbb moreh / solat sebab itu, sebab ini...

Ish, ish. Tak baik tau cakap mcm tu.
Ye, mungkin dia nak sampaikan supaya kita istiqamah dlm buat ibadah.
Tapi tak patut keluarkan kata2 macam tu.
Why not kita sampaikan dgn cara yg baik dan lembut.

Lagi satu, byk kelebihan jika kita beribadah di bulan Ramadhan ni.
Setiap kebaikan dan ibadah yg kita lakukan, Allah melipatgandakan pahala kita.

Rasulullah SAW bersabda,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

"Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali. Allah 'Azza wa Jalla  berfirman, ‘Kecuali puasa, sesungguh ia bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnya dan makannya kerana Aku’. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah dari pada bau minyak kesturi.” (HR. Bukhari dan Muslim, lafadz milik Muslim)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Siapa berpuasa Ramadhan imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)


KELAKUAN

Sama ada kita sedar atau tak, bila kita puasa, secara automatik kita akan menjaga tingkah laku dan tutur kata kita.
Dan, selalunya org yg berpuasa ni dia jadi kurang bercakap melainkan benda yg penting je.
Tapi, kalau puasa tapi tetap mulut potpet tu tak tau lah.
Mungkin sahur makan nasi 7 pinggan kot. Hihi.

Then, bila kita nak cakap sesuatu yg tak baik, kita akan fikir byk kali.
'Ni kalau aku cakap nanti kurang pahala puasa aku.'
Atau bila kita terlajak ckp ke, kita akan rasa takut kurang pahala puasa.
Perasaan tu automatik datang dan ia bagus sebenarnya.
Sebab ia akan menjaga tingkah laku dan kata-kata kita kan?

Sabda Rasulullah SAW, "Jika pada hari salah seorang kalian berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan kata-kata kotor, bergaduh, dan juga tidak melakukan perbuatan orang-orang bodoh. Dan jika ada orang mencacinya atau mengajaknya berkelahi, maka hendaklah ia mengatakan, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa'." (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jika kita berpuasa, puasakanlah juga penglihatan, pendengaran, lisan dan seluruh anggota tubuh badan.

Hmm... tu je kot yg Tasha nak share. Dan.... semua pesanan kat atas tu adalah utk semua dan diri Tasha sendiri jugak. Semoga kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan dalam diri di bulan mulia ini. Inshaallah.



Assalamu'alaikum :)

No comments: